Walopun rabu da berlalu...
Tapi sekadar berkongsi....
Rabu 24 Jun 2009 : selamat datang kembali bulan Rejab yang mulia.
amalan terbaik di bulan Rejab ini adalah berpuasa. antara fadhilat atau kelebihannya ialah:
puasa 1 hari: seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
puasa 2 hari: mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.
puasa 3 hari: dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
puasa 4 hari: diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak dan fitnah Dajal.
puasa 5 hari: aman dari azab kubur.
puasa 6 hari: dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
puasa 7 hari: Allah mengunci 7 pintu neraka jahanam baginya.
puasa 8 hari: Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
puasa 9 hari: keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga..
puasa 10 hari: Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
puasa 13 hari: Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
puasa 14 hari: Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
puasa 15 hari: Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadhilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
puasa 16 hari: dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga..
puasa 19 hari: dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
puasa 20 hari: Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
1 comment:
wah... thanks2!!!
Aku tggu entry ni drpd acab... xsangka ko yg post dulu...
THANKS!!!
Post a Comment