Monday, July 22, 2013

Mihun Kungfu Glasgow Style

Masak.
Ibu kate, 'nanti dah duduk sendiri kene masak sendiri. Belajar lah'
Ala.. Ibu masak lagi sedap..
Alasan haa malas nak nak masak.

Sampai Glasgow, semua kena masak sendiri..
Separuh dunia Allah hantar nak belajar masak haa...

Resepi Mihun Kungfu ni belajar dari Sifu khas dari Janda Baik..
Hehe..
Pandai dan sedap masakan Cik Faizah Zahir.

To make a long story short:
Bahan untuk kuah:
Bawang putih
Cili api
Sayuran apa jua yg anda suka: Tapi untuk gambar di atas;
Carrot, Cauliflower (tak cukup hijau. tak berapa menarik untuk presentation)
Ayam (kalau Seafood pun boleh. Sini seafood susah cari. Oh daging pun boleh)
Oyster Sos
Tepung jagung
Garam gula untuk rasa

Cara-cara:
Tumbuk bawang putih dgn cili api. Tumis lepas tu letak ayam (atau seafood). Lepas semua dah masak, masukkan oyster sos, air dengan sayur-sayur semua. Untuk oyster sos itu ikut suka nak kaler kuah kite macam mane. Agak-agak nak mendidih masuk kan tepung jagung yang dah di bancuh kan dengan air. Jangan banyak sangat. Masa masak tu memang nampak cair, tapi once kuah tu sejuk die akan jadi pekat. Kalau kuah tu agak hitam sebab letak banyak oyster sos kemungkinan tak perlu letak garam dah. Sebab dah masin. Gula tu letak skit jek buat syarat.
Ok kuah dah siap

Bahan untuk mihun(atau kueh tiaw)
Mihun yang dah di celur
Telur
Minyak

Cara-cara:
Amik sikit (trust me sikit tau) dalam agak-agak sesuai untuk nak makan sekali (I'm not kidding sikit ok). Celup dalam sebijik telur yang dan dipukul lepas tu goreng macam goreng telur dadar.

Settle
Angkat mihun celup telur tu, letak kuah. Taadaaa... Siap! Kalau puase, lepas buka, makan kurma minum solat maghrib baru makan ok. Hehe.. Oh layan juga kalau makan dengan cili api potong letak kicap. Yuummm!!
Siapa sangka masak itu tak lah susah sangat.
Ok ibu, balik ni saya masak ye!

Peringatan:
Masa nak buat mihun celup telur tu serius jangan amik banyak. Nanti banyak sangat jadi terlalu kenyang. Learn from experience kerana terlalu tamak (oh!) Kalau rase nak makan banyak, buat mihun celup telur tu 2 atau 3 kali

Wallahualam

Selamat mencuba

Ramadan Kareem Semua :)