Thursday, April 11, 2013

More of Turning Point

Semalam Allah beri kesempatan untuk dengar brother Joshua Evans bagi talk on 'Why I choose Islam'.
Talk dia dalam sejam.
Agak pack juga.
Pernah dengar talk dia melalui youtube.

Menarik.

Seronok dengar pengalaman saudara baru ni.
Baru tak baru, hampir 20 tahun juga dia menjadi Muslim.
Alhamdulillah.
Tak seperti aku,
Yang lahir dalam Islam
Alhamdulillah
Tak perlu mencari-cari Allah.
Aku dibesarkan untuk sembahyang lima waktu.
Puasa penuh. Nanti ibu dan ayah akan bagi duit raya. Dapat baju raya.
Pukul 7 malam. Ayah tutup tv. Naik mandi! Pergi maghrib!
Gila kau!
Dulu takut gila kot dengan ayah.
Sekarang kurang takut skit.
Sebab sekarang ayah semakin comel aku rasa. Hehehe...

Aku bersyukur.
Alhamdulillah.
Berkat doa ibu ayah dan paksaan dulu, aku telah terbiasa untuk solat lima waktu.

Tapi...
Semalam.
10 April 2013 (zone waktu uk) kira-kira jam 10 malam.
I realised.
I was NEVER fully covered myself.
Ya Allah!!!
After 28 years of living.
Allah beri nyawa selama 28 tahun ini, aku sedar bahawa aku tak pernah tutup setutupnya.
Aku tak pernah lindungi tubuh yang di pinjamkan Allah kepada aku ini dengan lengkapnya.
Nauzubillah
Ya!
Tubuh kita milik Allah
Hak Allah
Bukan hak kita!

Alhamdulillah.
Allah hantar aku ke sini.
Untuk teruskan perjuangan dunia aku.
Kenal kan aku dengan insan2 yang sama berjuang.
Sama dahaga ilmu dunia dan akhirat.
Biar pun mereka jauh lebih muda dari aku, namun ilmu mereka lebih dari aku.
Biar mereka muda, mereka sangat matang.
Memberi aku nasihat, sokongan dan kasih sayang di bumi Glasgow ini.
Alhamdulillah.

Kepada kawan-kawan dan sesiapa jua yang terpandangan dengan tulisan ini,
aku mohon kalian doa kan aku Nur Adilah Kamarudin
untuk terus berubah ke arah kebaikan
Untuk menjadi muslimah sejati
Untuk mati dalam Iman
Untuk hidup dan mati kerana Allah

Aku,
Aku bersyukur kepada Allah untuk sampai di mana aku sampai kini
Alhamdulillah

**Ahhh... Ni ilham konon nak update blog kan bila sebenarnya kena siap kan report dan presentation yang due next Tuesday. Dush Adilah!

2 comments:

Unknown said...

insyaAllah...teruskan usaha dakwah anda..To HIM we worship. ameen..=)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.