Showing posts with label Glasgow. Show all posts
Showing posts with label Glasgow. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Mihun Kungfu Glasgow Style

Masak.
Ibu kate, 'nanti dah duduk sendiri kene masak sendiri. Belajar lah'
Ala.. Ibu masak lagi sedap..
Alasan haa malas nak nak masak.

Sampai Glasgow, semua kena masak sendiri..
Separuh dunia Allah hantar nak belajar masak haa...

Resepi Mihun Kungfu ni belajar dari Sifu khas dari Janda Baik..
Hehe..
Pandai dan sedap masakan Cik Faizah Zahir.

To make a long story short:
Bahan untuk kuah:
Bawang putih
Cili api
Sayuran apa jua yg anda suka: Tapi untuk gambar di atas;
Carrot, Cauliflower (tak cukup hijau. tak berapa menarik untuk presentation)
Ayam (kalau Seafood pun boleh. Sini seafood susah cari. Oh daging pun boleh)
Oyster Sos
Tepung jagung
Garam gula untuk rasa

Cara-cara:
Tumbuk bawang putih dgn cili api. Tumis lepas tu letak ayam (atau seafood). Lepas semua dah masak, masukkan oyster sos, air dengan sayur-sayur semua. Untuk oyster sos itu ikut suka nak kaler kuah kite macam mane. Agak-agak nak mendidih masuk kan tepung jagung yang dah di bancuh kan dengan air. Jangan banyak sangat. Masa masak tu memang nampak cair, tapi once kuah tu sejuk die akan jadi pekat. Kalau kuah tu agak hitam sebab letak banyak oyster sos kemungkinan tak perlu letak garam dah. Sebab dah masin. Gula tu letak skit jek buat syarat.
Ok kuah dah siap

Bahan untuk mihun(atau kueh tiaw)
Mihun yang dah di celur
Telur
Minyak

Cara-cara:
Amik sikit (trust me sikit tau) dalam agak-agak sesuai untuk nak makan sekali (I'm not kidding sikit ok). Celup dalam sebijik telur yang dan dipukul lepas tu goreng macam goreng telur dadar.

Settle
Angkat mihun celup telur tu, letak kuah. Taadaaa... Siap! Kalau puase, lepas buka, makan kurma minum solat maghrib baru makan ok. Hehe.. Oh layan juga kalau makan dengan cili api potong letak kicap. Yuummm!!
Siapa sangka masak itu tak lah susah sangat.
Ok ibu, balik ni saya masak ye!

Peringatan:
Masa nak buat mihun celup telur tu serius jangan amik banyak. Nanti banyak sangat jadi terlalu kenyang. Learn from experience kerana terlalu tamak (oh!) Kalau rase nak makan banyak, buat mihun celup telur tu 2 atau 3 kali

Wallahualam

Selamat mencuba

Ramadan Kareem Semua :)

Monday, June 10, 2013

Sebulan Kemudian

Sebulan telah pun berlalu...

Pelbagai pengisian pelbagai dugaan pelbagai cabaran

Namun cabaran dan dugaan yang tak sehebat mana
Cabaran Kekasih Allah dalam menyampaikan dakwah memberikan motivasi dan semangat

Hujung minggu
Di isi dengan sedikit perjalanan menyaksikan keindahan ciptaan Allah
Great Hocklow, Peak District, Manchester
Gambar: Kredit

Jalinan Ukhwah Musim Panas

Usia yang semakin senja

Alhamdulillah aku di beri kesempatan untuk berjumpa sahabat-sahabat baru yang banyak memberi sumber inspirasi
Di kala aku masih meniti di titian
Baru Allah mengetuk sedikit pintu hati ini
Untuk mensyukuri keindahan ciptaanNya
Untuk mengambil ikhtibar di kala kesesatan
Di kala melatih hati untuk sentiasa mengingati Allah
Bahawasanya hidup ini hanya untuk Allah

Namun
Meraka
Semangat begitu tinggi
Jihad, syahid adalah tujuan meraka
MasyaAllah
Begitu hebat iman adik2 ini (errr kakak skit je aku ni)

Kurang lebih 3 hari ini, banyak pengajaran yang aku perolehi

Sungguh
Allah Maha Mengetahui
Ketahui Allah itu sangat dekat dengan kita

Sebelum bergerak untuk ber'hiking', camp com, pesan kita perlu sampai di bus stop pukul 2.45 petang supaya dapat kejar second last bas pukul 3.09 petang
Bermulanya perjalanan, sesat sepangjang jalan rupanya.
Namun, kita merancang
Allah juga merancang dan menentukan
Bertolak pukul 11 pagi dan Alhamdulillah akhirnya 2.45 petang kami sampai di bus stop seperti yang di rancang
Walau dalam kesesatan
Walau dalam kelaparan
Walau dalam kepenatan
Sungguh Allah bersama-sama dengan kita
Pecayalah
Yakinlah
Jika niat di hati kita ini hanya kerana Allah, yakin lah Allah akan permudahkan

Teringat kata-kata Ustaz Pahrol (lebih kurang):
'Jangan lah pinta kehidupan yang mudah, pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya'

'Sekiranya kita berjalan ke Allah, Allah berlari ke arah kita'
Wallahualam

Friday, May 10, 2013

Outcome

Kurang dari 24 jam nak jawab first paper

Nervous.

Teringat kata-kata Prof Muhaya;
Kalau kita hanya takut Allah, kita tak akan takut apa-apa
Tengah didik hati ini untuk hanya takut pada Allah

Tarbiyah dan dakwah boleh jadi mudah boleh jadi susah.

Baru berjinak-jinak
Mohon teguran dari yang lebih berpengalaman

Adilah, anda dakwah ini untuk apa?
Kerap kali bagi link ceramah semua
Then follow up tanya dah dengar ke belum ke

Owh
Tak terfikir pula nak follow up
Teruja
Niat di hati nak berkongsi keterujaan
Beza
Hati manusia berbeza

Di tanya lagi, untuk apa dakwah ni?
Adakah setelah selesai dakwah ni saya akan ikut apa awak cakap?
Buat apa awak mahu?

Owh lagi

Dakwah ini bukan tentang apa yang saya mahu
Sungguh! Demi Allah!
Hanya mahu berkongsi sedikit ilmu yg ada di dada ini
Biar umur dah banyak, namun masih banyak perlu diri pelajari
Sungguh
Banyak

Teringat kata-kata;
Manusia tak dapat beri hidayah
Hidayah itu milik Allah.
Saya, manusia hanya boleh berkongsi ilmu yang sedikit ini

Wallahuallam

Semoga Allah melapangkan dada-dada ini
Ya Allah, beri lah kami hidayah mu

Tuesday, May 7, 2013

Satu Perkara

Di saat-saat meniti di hujung-hujung perjalanan ini (nak exam je cite die) I realise many things.

Kadang berjalan nak tunggu bas atau ke library terdetik dalam hati, ' macam tak percaya aku kat sini'

Kawan ramai alhamdulillah.
Kawan semua baik-baik, sporting, fun, pandai masak dan sebagainya.

Tapi dalam banyak perkara aku sedar, satu perkara yang paling aku terase sekali adalah sisters.
Yeah
My sisters
I have never realise that I have such a wonderful sisters
No wait
I do realise that I have such a wonderdul sisters
Always
Its just that I have never thought of them like I thought when I'm here
When I'm alone with no sisters
I don't realise that they have soooooooo many character
Strong one I might add
Good ones
I always talk about them (haha.. sorry lah kawan-kawan kat sini yang selalu kene dengar)
I never realise they have such a sincere heart
Much more sincere than I am
They never wanted anything in return for helping me
They help me because they love me
Because I'm their sister
I think I know that before
But now, I realise and see and feel

Thank you Allah for such a wonderful sisters, family, life and everything else
Alhamdulillah

And sisters, I love you all till Jannah
May Allah bless us and our family

Hehe.. They don't read this blog
That's the reason why I wrote this
Hahaha



Thursday, April 11, 2013

More of Turning Point

Semalam Allah beri kesempatan untuk dengar brother Joshua Evans bagi talk on 'Why I choose Islam'.
Talk dia dalam sejam.
Agak pack juga.
Pernah dengar talk dia melalui youtube.

Menarik.

Seronok dengar pengalaman saudara baru ni.
Baru tak baru, hampir 20 tahun juga dia menjadi Muslim.
Alhamdulillah.
Tak seperti aku,
Yang lahir dalam Islam
Alhamdulillah
Tak perlu mencari-cari Allah.
Aku dibesarkan untuk sembahyang lima waktu.
Puasa penuh. Nanti ibu dan ayah akan bagi duit raya. Dapat baju raya.
Pukul 7 malam. Ayah tutup tv. Naik mandi! Pergi maghrib!
Gila kau!
Dulu takut gila kot dengan ayah.
Sekarang kurang takut skit.
Sebab sekarang ayah semakin comel aku rasa. Hehehe...

Aku bersyukur.
Alhamdulillah.
Berkat doa ibu ayah dan paksaan dulu, aku telah terbiasa untuk solat lima waktu.

Tapi...
Semalam.
10 April 2013 (zone waktu uk) kira-kira jam 10 malam.
I realised.
I was NEVER fully covered myself.
Ya Allah!!!
After 28 years of living.
Allah beri nyawa selama 28 tahun ini, aku sedar bahawa aku tak pernah tutup setutupnya.
Aku tak pernah lindungi tubuh yang di pinjamkan Allah kepada aku ini dengan lengkapnya.
Nauzubillah
Ya!
Tubuh kita milik Allah
Hak Allah
Bukan hak kita!

Alhamdulillah.
Allah hantar aku ke sini.
Untuk teruskan perjuangan dunia aku.
Kenal kan aku dengan insan2 yang sama berjuang.
Sama dahaga ilmu dunia dan akhirat.
Biar pun mereka jauh lebih muda dari aku, namun ilmu mereka lebih dari aku.
Biar mereka muda, mereka sangat matang.
Memberi aku nasihat, sokongan dan kasih sayang di bumi Glasgow ini.
Alhamdulillah.

Kepada kawan-kawan dan sesiapa jua yang terpandangan dengan tulisan ini,
aku mohon kalian doa kan aku Nur Adilah Kamarudin
untuk terus berubah ke arah kebaikan
Untuk menjadi muslimah sejati
Untuk mati dalam Iman
Untuk hidup dan mati kerana Allah

Aku,
Aku bersyukur kepada Allah untuk sampai di mana aku sampai kini
Alhamdulillah

**Ahhh... Ni ilham konon nak update blog kan bila sebenarnya kena siap kan report dan presentation yang due next Tuesday. Dush Adilah!

Monday, March 11, 2013

Glasgow: 10 March 2013

Who would have thought its still snowing im the middle of March?!
Some might say "Welcome to Glasgow"

Sunday, March 10, 2013

Teringat

Teringin menjadikan blog ini sangat informatif dgn segala tips2 perjalanan bagai. Tapi masyaAllah malas nye.
Busy semacam dengan ape pun tak tahu.

Tapi saya akan cube.

*bermalasan di Ahad memang terbaik*

Thursday, September 27, 2012