Pelbagai pengisian pelbagai dugaan pelbagai cabaran
Namun cabaran dan dugaan yang tak sehebat mana
Cabaran Kekasih Allah dalam menyampaikan dakwah memberikan motivasi dan semangat
Hujung minggu
Di isi dengan sedikit perjalanan menyaksikan keindahan ciptaan Allah
Great Hocklow, Peak District, Manchester
Gambar: Kredit
Jalinan Ukhwah Musim Panas
Usia yang semakin senja
Alhamdulillah aku di beri kesempatan untuk berjumpa sahabat-sahabat baru yang banyak memberi sumber inspirasi
Di kala aku masih meniti di titian
Baru Allah mengetuk sedikit pintu hati ini
Untuk mensyukuri keindahan ciptaanNya
Untuk mengambil ikhtibar di kala kesesatan
Di kala melatih hati untuk sentiasa mengingati Allah
Bahawasanya hidup ini hanya untuk Allah
Namun
Meraka
Semangat begitu tinggi
Jihad, syahid adalah tujuan meraka
MasyaAllah
Begitu hebat iman adik2 ini (errr kakak skit je aku ni)
Kurang lebih 3 hari ini, banyak pengajaran yang aku perolehi
Sungguh
Allah Maha Mengetahui
Ketahui Allah itu sangat dekat dengan kita
Sebelum bergerak untuk ber'hiking', camp com, pesan kita perlu sampai di bus stop pukul 2.45 petang supaya dapat kejar second last bas pukul 3.09 petang
Bermulanya perjalanan, sesat sepangjang jalan rupanya.
Namun, kita merancang
Allah juga merancang dan menentukan
Bertolak pukul 11 pagi dan Alhamdulillah akhirnya 2.45 petang kami sampai di bus stop seperti yang di rancang
Walau dalam kesesatan
Walau dalam kelaparan
Walau dalam kepenatan
Sungguh Allah bersama-sama dengan kita
Pecayalah
Yakinlah
Jika niat di hati kita ini hanya kerana Allah, yakin lah Allah akan permudahkan
Teringat kata-kata Ustaz Pahrol (lebih kurang):
'Jangan lah pinta kehidupan yang mudah, pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya'
'Sekiranya kita berjalan ke Allah, Allah berlari ke arah kita'
Wallahualam