Thursday, December 6, 2012

Travel by train from Manchester to Glasgow

Jenuh.
Pengalaman.

Al kisah.
Aku beli ticket online dari Manchester Piccadally to Glasgow.
Nak travel 5 December.
Cost me £62 person.
Open ticket kate nye.
Dalam itinerary 1946; Manchester Piccadally- 2041; Preston-Glasgow.
Ni baru 1550.
Tak kan nak tunggu lama lagi.
Kate open ticket.
Boleh naik bila2 masa.
Maka jakun lah orang Melayu ni dengan kakaknya melilau2 sekitar Manchester Piccadally station.
Pukul brape nak naik ni?!

Pendek cerita.
Ringan kan mulut.
Paham kan accent English yang pekat.
Tanya semue kaunter yang ada.
Maka nya selepas 2/3 sesi soal jawab dengan segala kaunter yg ada, naik lah dua beradik ni ke train yg ke Preston.
Dah pening2 dah pikir seating macam mane.
Kan dah reserve.
Ropenye train ke Preston tu macam Komuter je.
Takde seat no.
Naik saje.
Sesak2 sebab ramai.
Kami dua beradik yg serupa Hobbit yg berada di United Kingdom ni berdiri lah selama lebih 40 minit hingga tiba di Preston.
Semoga lemak2 ni dapat terbakar sedikit dengan berdiri begitu lama.
Semoga.

Sampai Preston, naik Virgin train pula sampai Glasgow.
Juga free seating.
Tapi train ni proper skit.
Sebab journey amik masa 2 jam lebih.

Motif penceritaan:
Travel open ticket dari Manchester ke Glasgow adalah free seating atau berdiri jika seat telah penuh.

Selamat menaiki train!

Wednesday, December 5, 2012

Paris: Halal food

Lepas makan kat Le Petit Gourmet which the address is 39, Rue Du Faubourg Montmarte I and cho jumpa banyak lagi kedai makan halal sepanjang jalan yang menghala ke Boulevard Montmarte ni.
Owh jangan tanya macam nak sebut.
Bantai saje aku nyebut nye.
Senang je direction nak ke Rue Du Faubourg Montmarte ni.
Naik metro turun kat Richelieu Drouot, pun jangam tanya macam mane nak sebut.
Lepas turun stesen ni, jalan torwards Hard Rock which will be on your left hand side.
After Hard Rock ni ade simpang ke kiri yg nama nya Rue Du Faubourg Montmarte.
Sepanjang jalan ni banyak halal food.
Sila study metro line Paris.
Tak susah.
Tak senang jugak.
Tapi ke tau mane destination and make sure mane nak tukar and line ape.
Boleh tanya kat information counter.
So far, alhamdulillah.
Helpful juga mereka.
**Nota kaki: Ade some metro line pintu nye tak auto. Kene bukak sendiri. Hewhew
By the way, I ate pasta with duck. And cho ate pasta with beef.
Sedap.
Tapi agak mahal.
Fine dining.
Owh.
Kedai ni staff nye cakap Arab dan French.
Dah macam ayam dgn itik cakap.
Haha.
Lawak2.
Selamat mencari makanan halal di Paris :-)