Friday, April 26, 2013

Permohonan Pasca Siswazah (MARA)

Assalamualaikum...

First of all TAHNIAH kepada yang berjaya dalam Permohonan Pasca Siswazah under MARA baru-baru ni.
I and my several friends yang sedang sambung Master di sini ada juga try untuk apply ke pengajian PHD.
Tapi Alhamdulillah tak berjaya (kena bersyukur dengan segala keputusan.. Hehe)
Tetapi MARA still bagi peluang untuk kami memohon.
Terima kasih MARA (ini tidak mempengaruhi undi saya terhadap mana-mana parti memandangkan permohonan untuk saya mengundi di luar negara tak lepas)

Entry kali ini insyaAllah adalah semata-mata untuk berkongsi pengalaman diri sendiri (sila baca dengan lapang dada ye, InsyaAllah :) )

Skim tawaran MARA yang ditawarkan kepada saya tahun lepas (2012) adalah 'Tawaran Bersyarat Bantuan Pinjaman Pelajaran Mara (SPIP).
Saya apply sekitar awal bulan April 2012 (atas galakan rakan sekerja. Alhamdulillah di beri peluang mengenali dirinya)
Sekitar pertengahan bulan April 2012 permohonan saya berjaya (Alhamdulillah)
Not a million years terfikir dapat jejakkan kaki ke dearah sejuk (sepanjang tahun ini. Hehehe)
Juga saya dimaklumkan (almaklumlah tak pernah amik tahu pun permohonan MARA sebelum ni), tahun ini (2012) adalah kali pertama MARA menawarkan pinjaman ini tanpa perlu sebarang peperiksaan dan temuduga (sila betulkan info saya sekiranya saya salah)

Makanya, bermulalah perjuangan.

Pertama-tamanya, memandangkan sahabat yang mendorong saya untuk apply itu juga bekas pelajar universiti ini dia memberikan email coordinator programmed ni.
Bermula dari situ, Cik Coordinator ni begitu baik dan pantas reply semua email saya.

At some point, I did try to look at other university.
Machester, Australia (tak ingat apa nama universiti tu) but Alhamdulillah Cik Coordinator dari universiti ni yang paling cepat reply lengkap dengan segala info yang meraka perlu saya sediakan.

Since my batch does not need any interview or exams, what I need to do is complete all the requirement from MARA.
At some point, perlu juga call MARA untuk confirm kan apa yang mereka perlu saya buat dan lengkap kan.

First:
Apply to uni. Isi form and so on

Second:
Kena attend BTN
Ada juga yang dengar cerita nya tak attend pun BTN sebab tak sempat.
Again ini pengalaman saya

Third:
Sits for IELTS (cost RM580).
University hanya akan keluarkan unconditional letter after kita sits for IELTS.
Ikut requirement MARA nak 6.5.
UKBA (UK Border Agency) requirement 5.5

Fourth:
Apply VISA
Masa apply visa ni, they want the
1) Unconditional offer letter from university
2) Financial Statment
3) Degree cert
4) Jangan lupa bawa passport ye
5) Bank draft RM1,416
Dengar cerita nya harga visa ni dah naik. Again sila rujuk **
For second part tu, masa apply I bagi financial affidavit je.
Some say, tak boleh.
Im not sure. Rujuk **
Sebab financial affidavit tu memang sangat simple dan tak detail macam financial statement
Tapi Alhamdulillah lepas juga dapat VISA nya.
Saya apply visa sekitar bulan Jun atau July (tak ingat dah)

Fifth:
MARA akan keluarkan financial statement lepas settle agreement.
IELTS, BTN dgn unconditional letter from university tu beri pada MARA untuk MARA keluarkan aggreement (or something.. Maaf dah tak berapa ingat)
Since saya dah skip fourth tu sebab sepatutnya MARA keluarkan financial statement baru boleh apply VISA.
Settle semua tu, bagi MARA VISA kita yang dah siap tu dan bgtau tarikh kita nak fly datang

**Pengalaman saya semata-mata. Tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak. Mungkin berbeza dengan pengalaman orang lain

Harap entry ini dapat membantu sesiapa yang telah berjaya dan bakal berjaya dengan permohonan MARA.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh email adilah198@gmail.com
Saya akan cuba sedaya upaya berkongsi pergalaman saya sendiri
(Paham. Sebab aku dulu pun blur-blur juga)

Good day ahead guys, InsyaAllah :)




Thursday, April 11, 2013

More of Turning Point

Semalam Allah beri kesempatan untuk dengar brother Joshua Evans bagi talk on 'Why I choose Islam'.
Talk dia dalam sejam.
Agak pack juga.
Pernah dengar talk dia melalui youtube.

Menarik.

Seronok dengar pengalaman saudara baru ni.
Baru tak baru, hampir 20 tahun juga dia menjadi Muslim.
Alhamdulillah.
Tak seperti aku,
Yang lahir dalam Islam
Alhamdulillah
Tak perlu mencari-cari Allah.
Aku dibesarkan untuk sembahyang lima waktu.
Puasa penuh. Nanti ibu dan ayah akan bagi duit raya. Dapat baju raya.
Pukul 7 malam. Ayah tutup tv. Naik mandi! Pergi maghrib!
Gila kau!
Dulu takut gila kot dengan ayah.
Sekarang kurang takut skit.
Sebab sekarang ayah semakin comel aku rasa. Hehehe...

Aku bersyukur.
Alhamdulillah.
Berkat doa ibu ayah dan paksaan dulu, aku telah terbiasa untuk solat lima waktu.

Tapi...
Semalam.
10 April 2013 (zone waktu uk) kira-kira jam 10 malam.
I realised.
I was NEVER fully covered myself.
Ya Allah!!!
After 28 years of living.
Allah beri nyawa selama 28 tahun ini, aku sedar bahawa aku tak pernah tutup setutupnya.
Aku tak pernah lindungi tubuh yang di pinjamkan Allah kepada aku ini dengan lengkapnya.
Nauzubillah
Ya!
Tubuh kita milik Allah
Hak Allah
Bukan hak kita!

Alhamdulillah.
Allah hantar aku ke sini.
Untuk teruskan perjuangan dunia aku.
Kenal kan aku dengan insan2 yang sama berjuang.
Sama dahaga ilmu dunia dan akhirat.
Biar pun mereka jauh lebih muda dari aku, namun ilmu mereka lebih dari aku.
Biar mereka muda, mereka sangat matang.
Memberi aku nasihat, sokongan dan kasih sayang di bumi Glasgow ini.
Alhamdulillah.

Kepada kawan-kawan dan sesiapa jua yang terpandangan dengan tulisan ini,
aku mohon kalian doa kan aku Nur Adilah Kamarudin
untuk terus berubah ke arah kebaikan
Untuk menjadi muslimah sejati
Untuk mati dalam Iman
Untuk hidup dan mati kerana Allah

Aku,
Aku bersyukur kepada Allah untuk sampai di mana aku sampai kini
Alhamdulillah

**Ahhh... Ni ilham konon nak update blog kan bila sebenarnya kena siap kan report dan presentation yang due next Tuesday. Dush Adilah!

Monday, March 11, 2013

Glasgow: 10 March 2013

Who would have thought its still snowing im the middle of March?!
Some might say "Welcome to Glasgow"

Sunday, March 10, 2013

Teringat

Teringin menjadikan blog ini sangat informatif dgn segala tips2 perjalanan bagai. Tapi masyaAllah malas nye.
Busy semacam dengan ape pun tak tahu.

Tapi saya akan cube.

*bermalasan di Ahad memang terbaik*

Thursday, December 6, 2012

Travel by train from Manchester to Glasgow

Jenuh.
Pengalaman.

Al kisah.
Aku beli ticket online dari Manchester Piccadally to Glasgow.
Nak travel 5 December.
Cost me £62 person.
Open ticket kate nye.
Dalam itinerary 1946; Manchester Piccadally- 2041; Preston-Glasgow.
Ni baru 1550.
Tak kan nak tunggu lama lagi.
Kate open ticket.
Boleh naik bila2 masa.
Maka jakun lah orang Melayu ni dengan kakaknya melilau2 sekitar Manchester Piccadally station.
Pukul brape nak naik ni?!

Pendek cerita.
Ringan kan mulut.
Paham kan accent English yang pekat.
Tanya semue kaunter yang ada.
Maka nya selepas 2/3 sesi soal jawab dengan segala kaunter yg ada, naik lah dua beradik ni ke train yg ke Preston.
Dah pening2 dah pikir seating macam mane.
Kan dah reserve.
Ropenye train ke Preston tu macam Komuter je.
Takde seat no.
Naik saje.
Sesak2 sebab ramai.
Kami dua beradik yg serupa Hobbit yg berada di United Kingdom ni berdiri lah selama lebih 40 minit hingga tiba di Preston.
Semoga lemak2 ni dapat terbakar sedikit dengan berdiri begitu lama.
Semoga.

Sampai Preston, naik Virgin train pula sampai Glasgow.
Juga free seating.
Tapi train ni proper skit.
Sebab journey amik masa 2 jam lebih.

Motif penceritaan:
Travel open ticket dari Manchester ke Glasgow adalah free seating atau berdiri jika seat telah penuh.

Selamat menaiki train!

Wednesday, December 5, 2012

Paris: Halal food

Lepas makan kat Le Petit Gourmet which the address is 39, Rue Du Faubourg Montmarte I and cho jumpa banyak lagi kedai makan halal sepanjang jalan yang menghala ke Boulevard Montmarte ni.
Owh jangan tanya macam nak sebut.
Bantai saje aku nyebut nye.
Senang je direction nak ke Rue Du Faubourg Montmarte ni.
Naik metro turun kat Richelieu Drouot, pun jangam tanya macam mane nak sebut.
Lepas turun stesen ni, jalan torwards Hard Rock which will be on your left hand side.
After Hard Rock ni ade simpang ke kiri yg nama nya Rue Du Faubourg Montmarte.
Sepanjang jalan ni banyak halal food.
Sila study metro line Paris.
Tak susah.
Tak senang jugak.
Tapi ke tau mane destination and make sure mane nak tukar and line ape.
Boleh tanya kat information counter.
So far, alhamdulillah.
Helpful juga mereka.
**Nota kaki: Ade some metro line pintu nye tak auto. Kene bukak sendiri. Hewhew
By the way, I ate pasta with duck. And cho ate pasta with beef.
Sedap.
Tapi agak mahal.
Fine dining.
Owh.
Kedai ni staff nye cakap Arab dan French.
Dah macam ayam dgn itik cakap.
Haha.
Lawak2.
Selamat mencari makanan halal di Paris :-)

Thursday, September 27, 2012